Sunday, 22 May 2016

Turki (Siri 5: Cappadocia | Goreme Open Air Museum, Karpet, Barang kemas, Seramik, dan Kaymakli Underground City)


Teks: ain akib


Masih di hari keempat.

Dan masih di Cappadocia.

Banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di sini.

Jom!


CAPPADOCIA: GOREME OPEN AIR MUSEUM



Imej: Gambar daripada fotografer


Ejaan di sana ialah Kappadokya.


Maksudnya 'a country with a beautiful horse'.



Goreme ini adalah tempat pembelajaran zaman dahulu.


Pada 1986 telah ditempatkan di bawah UNESCO.




Imej: Tiba di muzium terbuka

Imej: Bergambar dengan sebahagian ahli rombongan 

Imej: Ketua kumpulan, Farhan nak masuk jugak, :p

Imej: Rumah/bilik

Di sini menempatkan 12 buah bilik dengan 30 orang biarawati (sisters).

Mereka belajar untuk melukis, mewarna dan belajar kitab Injil (Bible).

Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalam bilik-bilik ini.

Di dalamnya terdapat ruang lekuk seperti untuk kita berbaring mengiring dan ruang yang kelihatan seperti dapur. 


Imej: Itik

Imej: Pokok ceri berbunga

Imej: Kami

Imej: Mak, anak dan pokok ceri ;)

Ok.

Dah nampak kan siapa yang ajar posing macam ini.

Yang muda ikut yang veteran.

Hihi.


Imej: Bersama Adam, ahli rombongan kami

Imej: Unta untuk tunggangan

Di sepanjang jalan turun semula ke arah bas, terdapat banyak kedai-kedai menjual cenderahati.

Tidak kurang juga yang berbahasa Melayu. 

"Mari beli, mari beli,"

"Malaysia, Indonesia, saya suka,"

Hehe.

Comel je mereka, ;)

Kami teruskan perjalanan menuju ke kedai karpet.

Kan karpet buatan Turki ini terkenal...


CAPPADOCIA: KARPET DI BAZAAR 54

Imej: Pemilik kedai (kiri) dan pekerja (kanan)

Pemilik kedai karpet ini menerangkan jenis ikatan simpul dalam membuat karpet.

Ini antara perkara yang mempengaruhi umur karpet.


Imej: Hasil tenunan. Hiasan di dinding (kiri) dan karpet (kanan)

Bilangan warna yang digunakan, material dan sela masa untuk dihasilkan turut memainkan peranan dalam penentuan kualiti dan harga karpet.

Wanita-wanita di Turki dilatih untuk menenun karpet dan adakalanya untuk menghasilkan sebuah karpet akan mengambil masa berbulan dan ada yang bertahun!

Wow.


video
Video: Pekerja wanita sedang menenun karpet

Imej: Kepompong sutera, benang sutera yang telah terhasil

Imej: Penghasilan benang sutera

Benang sutera dihasilkan menggunakan mesin ini.

Ketebalan benang boleh dikawal dan dihasilkan mengikut spesifikasi yang diinginkan.

Halus betul!


Imej: Kopi Turki (kiri)

Setelah mendengar taklimat dan melihat bagaimana benang sutera dihasilkan, kami dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan tempat duduk di sekelilingnya.

Minuman diberikan kepada kami sama ada teh atau kopi.

Sambil minum, kami dijamu dengan bentangan karpet serta penerangan mengenainya, dibantu dengan pekerja-pekerja beliau.

Begini rupanya sales marketing mereka bagi kumpulan kecil seperti kami, hehe.

Ingatkan ada pertunjukan apa dalam bilik itu, :p.

Harga karpet yang dijual?

Mari teka.
.
.
.
.
.
.
.

Sebesar sejadah dalam RM2 ribu hingga ke RM5 ribu.

Boleh dipos menaiki kurier dalam masa sebulan hingga ke dua bulan.

Harga karpet yang lebih besar dari sejadah mencecah puluhan ribu dan mampu ke ratusan ribu.

Original dan punyai warranty.

:)


Imej: Restoran Han

Makan tengahari kami adalah di Restoran Han.

Kali ini makan secara buffet dan terdapat juga kumpulan-kumpulan lain dari pelbagai negara menjamu selera di situ.

Kali ini tiada gambar, agaknya khusyuk benar makan, hehe.

Usai makan, kami berjalan kaki ke belakang restoran, menuju ke kedai barang kemas pula.


BARANG KEMAS

Kedai ini terletak di belakang restoran sahaja.

Pekedai memberi taklimat ringkas berkenaan jenis-jenis batu yang ada.

Batu berwarna biru turqoise amat terkenal di sini.

Ada pin, cincin, gelang rantai (bracelet), gelang tangan (bangle), loket, rantai dan bermacam-macam lagi. Emas kuning, emas putih dan yang dihighlight adalah batu-batunya.

Tiada gambar ditangkap dalam kedai ini, maaf. 

Ok juga, menarik dapat cuci mata.

:)



CAPPADOCIA: SERAMIK DI VENESSA SERAMIK ART GALLERY


Bersebelahan kedai jewellery tadi adalah kedai seramik.





Imej: Demonstrasi buat tembikar (kiri atas)

Kami memasuki ruang di mana demonstrasi pembuatan tembikar ditunjukkan oleh seorang pekerja di situ yang memiliki pengalaman selama 20 tahun menghasilkan tembikar.

MasyaAllah.

Superb!

Cekap dan teliti penghasilannya.

Terdapat juga seramik yang mempunyai efek flourescent di mana apabila dalam gelap, ia akan bercahaya hijau terang.

Yang ada efek ini harganya tinggi berbanding yang biasa.


Imej:Pemilik kedai seramik ini (kiri) 

Pemilik kedai sedang menunjukkan cara mengenalpasti seramik tulen dan seramik celup.

Seramik tulen adalah seramik yang dibuat dan dibentuk menggunakan tanah liat yang berkualiti serta dibakar pada suhu yang tinggi.
Maka, warna yang terhasil kekal lama pada seramik dan lebih tahan lasak.

Berbanding tiruan, ia mudah luntur dan tidak tahan lama. 


SEPANJANG CAPPADOCIA

Imej: Makan aiskrim. Imej pantulan kamera selfie, sebenarnya tangan kanan tu.

Merasa juga akhirnya asikrim di sini.

Rasa seperti liat-liat sedikit.

Rindu aiskrim Malaysia. Macam lagi sedap, hehe.

Cuma,

Yang di perhentian ini bukan penjual aiskrim acah-acah tu.

Tak mengapa, kita cari lagi nanti.



Imej: Pemandangan di Cappadocia

Imej: Permukaan bumi di Cappadocia

Imej: Kedai di tepi-tepi jalan

Masih bergerak lagi di sekitar Cappadocia menuju ke destinasi terkahir untuk hari ini.

Tempat bersejarah.

Kaymakli Underground City.



CAPPADOCIA: KAYMAKLI UNDERGROUND CITY



Imej: Di pintu masuk ke bawah tanah

Imej: Bawah tanah

Imej: Tempat simpan barang (kiri), tempat buat wain (kanan)

Memasuki bandar bawah tanah yang sempit, kecil tetapi berangin.

Tidak terasa lemas dengan pengaliran udara yang ok.

Seperti memasuki Gua Tempurung di Gopeng, Perak pula, hehe.

Cuma di bawah tanah ini banyak lampu dan sejuk.

Saya masuk bersama Thuraiya manakala Abah, Mak dan Faatin berlegar di luar.

Mereka sudah tidak larat dan ada banyak kedai cenderahati di luar sana.



Imej: Tiket hari ini

Hari yang penat dan menarik.

Banyak dipelajari dan dilawati.



Imej: Pulang ke sarang

Kami kembali ke hotel dan masih bermalam di Cappadocia.
Hotel pertama yang kami tidur lebih dari satu malam, hoho.

Esok, menuju ke ibu negara Turki pula, Ankara.

Biiznillah...


Turki (Siri 5: Cappadocia | Goreme Open Air Museum, Karpet, Barang kemas, Seramik, dan Kaymakli Underground City)

No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...