Monday 9 May 2016

Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)


Teks: ain akib


KLIA


Imej: Dalam kapal terbang

Perancangan yang mengambil masa kurang lebih sebulan sebelum tarikh bertolak, kami memilih Amar Travel & Tours untuk ke destinasi di benua Eropah.

Adik dan Mak menyelesaikan segala urusan tempahan manakala saya bergelut menyiapkan 4 subjek tugasan akademik untuk berjalan dengan gembira, :)

Dari segi matawang, Turki menggunakan matawang Turkish Lira (TL), juga USD.

Penukaran matawang TL banyak ada di Kuala Lumpur berbanding negeri lain.
USD pula boleh ditukar di mana-mana sahaja walaupun di KLIA memandangkan kadar penukarannya lebih kurang sama di semua tempat.

Pada 10 April 2016, jam 2.30 pagi, kami bertolak menaiki penerbangan Qatar Airways dari KLIA menuju ke Doha, Qatar untuk transit. 

Kumpulan kami terdiri daripada 30 orang termasuk keluarga dan pasangan.
Bagus betul Farhan, ketua kumpulan kami berusaha menyusun semula tempat duduk kami semua agar saling berdekatan. 

Kami berlima; Abah, Mak, saya dan adik-adik saya; Faatin dan Thuraiya. 
Kesian Abah duduk belakang sorang-sorang, hehe. 

Makanan dalam Qatar Airways ini sedap, 80% masih ala-ala Malaysia.

Sewaktu menghampiri Doha, waktu Subuh sudah pun masuk, maka kami solat dahulu di atas kerusi pesawat sebagai solat menghormati waktu.

Sewaktu tiba di lapangan terbang, kami solat Subuh semula di surau yang disediakan. 


DOHA, QATAR

Imej: Di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha State of Qatar

Hari pertama.

Transit selama 4 jam di Doha. 
Lapangan terbang yang sibuk, juga cantik. 

Kami seketika duduk atau merayau membeli makanan sambil menunggu penerbangan ke Istanbul. 

Wifi di situ percuma dengan memasukkan nombor tiket kapal terbang sebagai kata laluan.


ISTANBUL

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Atartuk di Istanbul, kami menaiki bas untuk ke Bursa.

Walaupun di penghujung musim sejuk, suhu masih rendah, lebih rendah dari suhu purata penghawa dingin kita di Malaysia.


Imej: Peta perjalanan di Turki

Inilah peta perjalanan kami di Turki selama 7 hari. 


Trip ini adalah trip Turki 9 hari 7 malam dengan mengambil kira hari pergi dan balik selama 2 hari. Maka, 7 harilah kami di Turki dalam erti kata yang sebenar. 


Imej: Istanbul bahagian eropah

Istanbul terbahagi kepada dua, iaitu bahagian eropah dan bahagian asia. 
Dipisahkan oleh Jambatan Bosphorus (jambatan utama). 

Di bahagian eropah adalah padat dan di bahagian inilah terletaknya kebanyakan pusat pentadbiran dan tempat bersejarah yang menjadi tarikan pelancong seperti Hagia Sophia, Masjid Biru, Topkapi Palace dan banyak lagi. 

Lapangan terbang Atartuk juga terletak di bahagian ini.


Imej: Merentasi bahagian eropah ke bahagian asia

Dahulu Istanbul adalah ibu negeri bagi Turki namun sekarang tidak lagi, telah ditukar ke Ankara.


Imej: Lanskap ceria di bahagian asia


Gambar di atas ini adalah bahagian asia.
Lanskap di bahu jalan amat ceria dan menarik! 


Di mana-mana sahaja ada banyak terpacak bendera Turki yang berwarna merah putih itu.


Imej: Trump tower (kiri)

Sambil menaiki bas, pemandu pelancong kami Serkhan bercerita serba sedikit mengenai Turki.

Turki adalah sebuah republik.
99.9% warganya adalah Muslim.
Perdana Menterinya mahu menukar Turki ke arah asia lebih dari ke arah eropah.

Pesan Serkhan, adalah tidak digalakkan untuk mencuba makanan di tepi jalan melainkan kita mahu perut memulas berhari-hari.
Dari sudut kebersihan dan faktor kesihatan mungkin.

Perangai orang Turki dalam berjanji:
Mereka hanya akan berjanji dengan menyebut hari dan tempat, bukan masa untuk bertemu...Kesannya, yang tiba dahulu di tempat yang dijanjikan akan menunggu yang tiba kemudiannya.

Begitu cara mereka.
Hmm...


Imej: Feri

Kemudian kami menaiki feri untuk ke Bursa. 
Sebaik sahaja feri bergerak, kami turun dari bas menuju ke tingkat atas feri.
Minum petang gaya Turki manakala bayaran sendirian berhadlah, hehe. 

Anginnya......

Ya Allah...sejuk!! 


Imej: Nak naik feri (atas), pelangi (bawah)

Hujan renyai-renyai membantutkan niat untuk bersantai di luar sambil minum teh epal, jadi kami masuk semula ke bahagian dalam cafe yang panas. 

Dan,

Dapat lihat pelangi muncul.

A welcoming view, :)



Imej: Burung seagull

Kredit untuk Mak dapat tangkap gambar yang sangat cantik ini! 
Mak suka berkepit dengan kameranya, dan gambar pemandangan adalah kegemarannya. 

Ok, Mak dah buktikan bahawa ianya berbaloi! 
Saya beri 5 bintang, ;)



Video yang sempat dirakamkan semasa burung-burung seagull sedang membuat pertunjukan gimrama, ;)


BURSA

Hari kedua.

Kami tiba di hotel di Bursa ini pada waktu malam, namun belum terlewat untuk makan malam. 

Hidangan mewah dengan keju dan salad yang pelbagai jenis. 
Tapi... tekak kurang menerima keju di turki ini kerana kuat rasa dan baunya. 
Erm...bau hamisnya kuat, tidak seperti keju di Malaysia. 


Imej: DI hadapan hotel Tiara Thermal, Bursa

Kami menginap satu malam di sini dan keesokan paginya daftar keluar bersama bagasi. 

Pemandu bas kami, Mukmin dalam gambar di atas ini, yang berdiri di tepi bas itu. 

Perjalanan dalam bas adalah berjam-jam. 
Saya ulang, berjam-jam ya.
Hoho.

Bantal tengkuk amat membantu untuk keselesaan di sepanjang perjalanan, juga bahan makanan yang dibawa dari Malaysia seperti biskut, Mr. Potato, dan buah-buahan dari hotel.

Seketika Serkhan akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang Turki dan pengenalan destinasi kami.


Imej: Pit-stop ke tandas

Selang beberapa jam bas akan berhenti untuk sesiapa ke tandas dan mengemas diri.
Cuaca yang sejuk akan menjadikan tandas sebagai satu destinasi wajib, hehe.

Gambar di atas ini adalah sewaktu kami berhenti sekejap untuk ke tandas dan melihat orang di sana mencuci bas, sambil menunggu untuk naik semula ke bas kami.


Imej: Buku

Imej: Baklava dan manisan lain

Perhentian di sini menjual banyak manisan (Turkish delicacies), iaitu tarikan utama Turki. Manisan yang terkenal adalah Baklava.


Imej: Makan tengahari

Di perhentian jalan, kami selesaikan makan tengahari dan solat jamak Zohor-Asar. 

Bagusnya ialah mereka akan menghidangkan makanan mengikut tertib (served course by course) dan panas, memandangkan ini adalah musim sejuk.

Nasi di sini agak lain.
Rupa dan rasanya adalah antara nasi kita dan pulut kita di Malaysia.
Daging amat sedap dan sup menjadi pembuka selera untuk musim ini. 


Imej: Perumahan dan padang hijau

Pemandangan semasa di atas bas.

Alhamdulillah cuaca sangat cantik!


Imej: Hadapan stesen minyak

Imej: Dari tepi jalan

Gambar yang paling atas adalah tanaman tembakau, baru ditanam memandangkan salji telah beredar dan akan memasuki musim bunga.


Imej: Buah-buahan dijual di tepi jalan (bawah)

Terik.

Terpaksa menggunakan mod kelam untuk mengambil gambar dari dalam bas.


BURSA : GRAND MOSQUE

Imej: Tulip merah!

Bunga tulip!

Baru sahaja muncul di penghujung musim sejuk ke musim bunga.

Tak dapat tengok taman tulip, tengok yang bawah tiang lampu ini pun jadilah, :)


Imej: Tempat wudhu dan meow

Tempat wudhu yang cantik dan sedikit klasik di luar masjid ini.

Oh, ada seekor haiwan comel di sini, terpaksa ambil gambarnya, ;)


Imej: Pintu masuk belah luar (kiri) dan belah dalam (kanan)

Grand Mosque adalah sebuah masjid yang cantik.

Ok, ada sejarahnya yang pasti, hehe. 
Sempat dengar sikit-sikit sambil mengambil gambar di dalamnya. 

Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Bayazid di zaman pemerintahan Bani Uthmaniyyah.


Imej: Interior Grand Mosque

Gambar di atas ini adalah kubah di bahagian dalam masjid, simple sahaja kan?

Gambar di sebelahnya kanan atas adalah kain kiswah dan di bawahnya adalah mimbar.


Imej: Kolam air (fountain)

Pernah menonton dalam siaran Nat Geo People di Astro tentang Turki, memang kebanyakan rumah atau homestay yang besar mempunyai kolam air di bahagian tengahnya. 
Ini merupakan tradisi dari zaman dahulu yang masih dikekalkan di sebahagian tempat.


Imej: Luar Grand Mosque

Beri can kanak-kanak riang ini berfoto ;p


Imej: Meow dan bank

Di luar masjid ada geng kucing sedang menghirup susu.
Comelnya!

Sempat tangkap gambar mereka ketika saya sedang menuju ke tandas, hehe.

Cuaca?

Sejuk!

Di bawah gambar kucing ini pula ialah bank di seberang jalan.


BURSA: GREEN MOSQUE

Masih di Bursa.

Perjalanan diteruskan ke tempat bersejarah iaitu Green Mosque.


Imej: Pintu masuk Green Mosque

Di hadapan Green Mosque

Serkhan menunjukkan ukiran di atas pintu yang ada maksudnya tersendiri.
Saya dah lupa apa kisahnya, hehe.


Imej: Dalam Green Mosque

Imej: Ruang hadapan dan mimbar Green Mosque

Bahagian dalam Green Mosque.

Cantik.
Jubin berwarna hijau kebiruan menjadi penghias dinding.


Imej: Tempat wudhu

Tempat wudhu yang berkonsepkan marmar dan kayu.
Ada sedikit menyerupai ukiran di Malaysia kan?

Rata-rata masjid di sini, tempat wudhunya adalah di luar

Tiada siapa pergi berwudhu ketika ini.

S.E.J.U.K.

Brrrr....


BURSA: GREEN MAUSOLEUM

Di hadapan Green Mosque ialah Green Mausoleum.

Ini termasuk dalam UNESCO World Heritage.


Imej: Makam Pemerintah, Sultan Mehmed

Makam Sultan Mehmed, sultan kelima Bani Uthmaniyyah.


Imej: Kawasan luar Green Mausoleum

Ini pula persekitaran luar makam.

Gambar bawah kanan ialah kepala paip air.


BURSA: SILK BAZAAR

Imej: Di luar Silk Bazaar

Imej: Di hadapan kedai

Bersebelahan Green Mausoleum adalah Silk Bazaar yang menjual ratusan lampu yang berwarni-warni.


Imej: Lampu, seramik, cenderahati di Silk Bazaar

Terdapat juga hasil kraf seramik, kain sutera dan cenderahati.



Imej: Tandas

Apa yang menarik tentang tandas ini?

Papan tandanya.

Gambar seekor ayam mewakili tandas lelaki (gents) manakala gambar seekor ayam dengan telur ayam mewakili tandas wanita (ladies). 

Dan,

Tandas ini terletak di tingkat 2 di Silk Bazaar ini, tetapi di bahagian luar.

In the mini garden outside.

:)

Imej: Kami

Sambil menunggu di perkarangan Green Mosque, Green Mausoleum dan Silk Bazaar ini, kami berposing, hoho.


Imej: Terjumpa kakak kawasan, :p

Sempat juga menangkap gambar kakak kawasan sini, :p


Inilah kisah di Bursa.

Perjalanan diteruskan dengan bas kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Pamukkale.

Akan saya tuliskan di entri seterusnya InsyaAllah.


:)


Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...