Thursday 12 May 2016

Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin al-Rumi)


Teks: ain akib


KONYA CITY


Imej: Depan hotel di Pamukkale

Hari ketiga.

Selamat tinggal Pamukkale.

Kami bergerak menuju ke Konya pula.


Imej: Peta perjalanan bermula dari Istanbul


"Konya is the most islamic city in Turkey,"


Itulah yang diberitahu oleh Pemandu Pelancong kami, Serkhan.

Beritahunya lagi bahawa di bahagian timur Turki, kurang bangunan di sana dan kadar kelahiran adalah tinggi. 
Satu keluarga memiliki anak dalam lingkungan 10 ke 15 orang anak.

Ok.
Kadar pembangunan berkadar songsang dengan kadar kelahiran?

Mungkin.



Imej: Stadium di Konya

Kami melalui stadium di Konya dalam perjalanan.



Imej: Di sekitar Konya

Imej: Bandar Konya

Bandar Konya kelihatan agak moden dan tersusun dengan bahagian perindustrian terletak di satu bahagian besar manakala bandar utama menempatkan pusat pentadbirannya.

Lanskap memang cantik dan lawa di bahagian bandar.

Saya tabik dengan perancang bandar di bahagian bandar, juga kumpulan sokongan yang menceriakannya!

Hehe. 




MAKAN TENGAHARI


Imej: Pizza (kanan) dan roti bawang putih (kiri bawah)

Imej: Nasi, kekacang lecek, daging dalam terung

Makan tengahari kami dalam perjalanan di mana mereka telah bersedia unutk menerima kedatangan kami. 

Pembuka selera seperti biasa adalah roti tapi kali ini adalah roti bawang dan ala-ala pizza. Ok, sedap, :)

Menu utama ialah nasi bersama kekacang lenyek dan daging rempah dibungkus dalam kepingan terung bakar.

Sedap jugak, :)

Alhamdulillah...


MAULANA JALALUDIN AL-RUMI

Imej: Dari luar


Al-Rumi.

Nama pena yang cukup dikenali dalam lakaran puisi.

Rupanya seorang ilmuwan yang tersohor dan dipandang tinggi di bumi Konya ini.

Makam Jalaludin Al-Rumi terletak di Konya.

Mereka menggelarnya Maulana (Mevlana).


Imej: Di luar makam Maulana Al-Rumi

Imej: Sebelum masuk


Ini adalah gambar di luar kawasan makam beliau.


Kami perlu mengenakan plastik di kasut sebelum masuk ke bahagian dalam makam.
Supaya tidak mengotorkan bahagian dalam sana.


Imej: Makam Jalaludin Al-Rumi (kiri bawah)


Di dalam makam tersebut terdapat juga makam-makam yang lain, saya agak makam anak-anak muridnya.

Peninggalan beliau juga terdapat di dalam kawasan makam ini seperti penulisan, pakaian dan sebagainya.

Lebih banyak lagi barang peninggalan di bilik-bilik kecil di perkarangan kawasan makam ini seperti pedang, alat tulis, kitab dan banyak lagi.  

Seperkara yang dapat dilihat ialah orang-orang di sana mengagungkan beliau.

Bagaimana saya boleh kata begitu?

Mereka akan menghampiri makam beliau dengan ekspresi wajah yang amat hiba, ada yang menangis bersungguh-sungguh dan dari air muka nampak mereka memandang beliau sebagai idola.



Imej: Tulip dan pokok ceri

Imej: Perkarangan luar

Sementara semua ahli kumpulan berlegar di sekitar peninggalan Sheikh Jalaludin Al-Rumi, kami menikmati cuaca yang baik dan sejuk ini di taman perkarangan luar.



Imej: Cenderahati di luar

Sambil bergerak kembali menuju ke arah bas, kami melalui kedai-kedai cenderahati.

Sempat saya membeli sebuah buku yang memuatkan karya beliau dan magnet.

Ole-ole untuk diri sendiri, :)

Tertarik dengan penulisan di Konya kota bermula tarian sufi Turki ini.

Ada sejenis tarian sufi.


Patutlah ada watak seorang yang memakai ala-ala dress putih (gambar atas ini)


Imej: Tram (atas)


SEPANJANG PERJALANAN DARI PAMUKKALE-KONYA-CAPPADOCIA

Imej: Sekitar Konya. Mesin ATM (tengah).

Imej: Ladang-ladang mula menghijau

Imej: Kambing biri-biri

Imej: Pemandangan dari dalam bas

Imej: Luas muka bumi Allah

Imej: Bunga penaik seri (bawah)

Imej: Sisa salji di puncak bukit 

Imej: Gerabak


Imej: Penanda aras ketebalan salji

Imej: Bendera Turki

Menjelang malam, kami tiba di Cappadocia.

Esok, akan menaiki belon panas!

Biiznillah.

:)



Turki (Siri 1: KLIA-Doha-Istanbul-Bursa)
Turki (Siri 2: Pamukkale | Hierapolis)
Turki (Siri 3: Konya | Maulana Jalaludin Al-Rumi)


No comments:

Post a Comment

Jaga Dia untuk Kami

Teks: ain akib INSAN YANG BERGELAR SAHABAT 2003. Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Minden, hari pertama orientasi. ...